Penerbitan Ada Untukmu

"Ada Untukmu" menjadi rakaman pertama Amelina bergenre balada selepas sekian lama menyanyikan lagu-lagu dangdut.[5][6][7] Beliau berkata kepada Berita Harian:

"Ini adalah percubaan pertama menyanyikan lagu bergenre balada selepas dua dekad dalam industri muzik. Bagaimanapun, ia bukanlah bermakna saya mahu beralih arah dari dangdut ke balada. Jujurnya, saya tak bimbang dengan maklum balas peminat. Apa yang lebih merisaukan bagaimana saya nak menyanyikan lagu ini di pentas memandangkan sudah biasa menari dangdut,".[5]

Menurut Amelina, idea untuk merakamkan lagu ini bermula menerusi persetujuan bersama dengan pengurusannya, MindOrder Management selepas persembahannya di Gegar Vaganza musim kelima menerima respon positif.[8] Kelainan melalui genre balada juga sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.[8]

Rujukan

WikiPedia: Ada Untukmu https://music.apple.com/my/album/ada-untukmu-singl... https://www.budiey.com/pertaruhan-berani-amelina-m... https://gempak.com/berita-terkini/amelina-turun-6-... https://kitareporters.com/gaya/l9av2Y7maG https://www.malaysiakini.com/hiburan/537880 https://open.spotify.com/album/1Zec3x5Hbb7XLGoCDW3... https://www.youtube.com/watch?v=NfPnV3f3sb0 https://www.youtube.com/watch?v=pEpo8ZnS6Qs https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/...